Belatara Konkrit

Mencari ilham pada karya,
Semangat pada raga untuk membina cita,
Hangat cinta semakin kelam,
Minda minta bangun dari mimpi siang,
Menyayangi diri untuk kembali pada fitrah,
Masih sesat pada dunia pada jalan yang kian bercabang,
Memikir dimana mahu bertapak sedangkan tapak masih belum muncul,
Cerita duduk di awan yang dipijak jatuh ke tanah,
Puhh hilang,
Yang berusaha semakin banyak hutang,
Yang berzikir makin mudah hidupnya,
Petik pucuk ubi dan rebung pada harga yang tiada,
Sihat tubuh,
Poket koyak makanan berdolar,
Hidupnya makin sakit..

oh Allah

Beyond two souls:

oh Allah,
Aku tidak sempurna pada amalanku,
Aku pendusta yang masih berharap padaMu,
Pendosa yang tak henti melakukan khianat,
Aku tak layak akan syurgaMu,
Izinkan aku bersamaMu,
Harapan seorang pendosa,
Allah,
Ampunkan segala dosaku,
Harapanku padaMu,
Temukan aku dengan diriMu.

HASBI RABBI JALALLAH

"Dear Allah, if I lose hope today, please remind me that your plans are better than my dreams.":

Mengenal maksud ketuhanan membuatkan jiwa aku tunduk,
Tiada ketakutan melainkan takutnya pada Allah,
Hidupku dipenuhi tawakkal,
Kerisauan ku padamkan untuk memahami konteks takdir,
Hidupku ini pada pegangan Tuhanku,
Tiada yang terlepas pada pandanganNya,
Masa yang dicipta dalam gelungan aku dan Tuhanku,
Hipnotisnya pada fatamorga drama yang telah diciptakan,
Dekat itu terlalu dekat,
Pada detik monologku diam,
Allah segalanya.

Kuatkan Aku

Beautiful Duaa. Aameen                                                                                                                                                                                 More:

Ada perkara yang harus aku tinggalkan,
Energy drain out,
Aku minta pertolongan Tuhanku, kuatkan aku,
Aku bersyukur aku ada Kamu ya Allah,
Masih boleh tersenyum bila mengenangkan rahmatMu,
Masih beruntung diri ini,
Terima kasih ya Allah,
Nikmatku yang tidak terhingga.

Mengenali Tuhanku

Kurani kerim:

Mengenali Tuhan itu lebih besar ertinya dari apa yang kau inginkan dalam kehidupan ini. Menjadi yang terbaik pada definisi Pencipta agar tidak dimurkainya itukan indah. Berusaha sedikit demi sedikit bukan untuk mengharapkan pujian manusia, kerana pada pandangan makhluk mungkin ada sahaja kekurangan dan sering dinilai dengan kayu ukur pandangan duniawi. Mencari kefahaman untuk mengenali Tuhanku, bisikku pada hati, pasti aku boleh berjaya bersama orang yang dicintai, dan tidak akan mengalah meskipun aku terjatuh dalam dosa.

Yang indah itu Tuhanku, kesempurnaan yang tidak boleh mengatasi atas semua makhluk. BAgaimana lagi aku ingin mencari kesempurnaan jika aku telah temui kefahaman Tuhanku. Tiada lagi. Aku berserah pada Tuhanku yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Bidadari yang Bersembunyi

✮ ANIME ART ✮ anime. . .pastel. . .watercolor. . .long hair. . .flowers. . .bird. . .cute. . .kawaii:

Yang cantik tidak dilihat,
Kewujudan bidadari itu tidak diketahui,
Dia terlalu sukar dijumpai,
Selama ini dia menyembunyikan dirinya,
Kehadirannya dimalam hari pada mimpi seseorang,
Memanggil kamu agar kau dengari,
Jauh terlalu jauh,
Selamatkan dirinya,
Gembirakan dirinya sehingga hembusan nafas yang terakhir.

I WANNA GROW TO BE BEAUTIFUL

1cb4990c9169863d4499c86e3e560875

dewasa aku, i wanna grow to be beautiful,
menaiki basikal,
melalui taman bunga yang cantik sekali,
harumannya menyegarkan,
kilauan matahari yang halus menyentuh kulitku,
angin sepoi-sepoi bahasa,
sambil menerbangkan kelopak bunga,
aku tersenyum mekar,
sambil memetik bunga,
menjadikan gelung yang menghiasi rambutku,
hai haiwan yang comel,
rama-rama turut menari bersamaku,
arnab yang putih mulus bulunya turut berlari,
hidupku dalam alam fantasiku,
baring sebentar pada permaidani bunga,
balik aku menghiasi ruang tamu bersama bunga-bungaan,
minum segelas air madu limau,
menjaga kecantikanku.

RINDU

1388864895dc356-original-1

pertemuan bersama para ulama itu sangat indah,
seperti aku melihat kau berdiri dihadapanku,
budi pekerti mulia menjadi ikutan sepanjang zaman,
rindu in terlalu mendalam,
bagaimana dapat ku tahan jika ia memudaratkan jasmaniku,
keinginan telah membawa aku kesatu tempat yang ingin dituju,
di situ terdapat perjumpaan yang lebih menarik,
ku redah kebiasaan yang buat aku dipandang gila,
jika jiwa ini diberi kepadamu adakah dapat ditanggung dek badanmu,
cinta telah berjumpa pada keagongan Tuhan Maha kasih lagi Maha penyayang,
adakah terdapat kemanisan lain setelah itu,
sekali-kali tidak,
ya Allah bawalah aku tempat yang dituju,
ampunkan dosaku agar aku tidak tersesat,
dalam perjalanan menujuMu.

MISKIN JIWA

lonely-quote-sad-sadness-favim-com-1161391

Mana mungkin si miskin mampu memberi,
Jangan cuba meminta padanya,
Memberi menyebabkan jiwanya semakin kontang,
Dia hanya mampu meminta-minta,
Lebih baik menyendiri daripada dihina,
Jiwanya sudah hancur pada pencinta dunia,
Masakan lagi memberi,
Minta saja pada Yang Maha kaya,
Untuk dijadikan dirinya dermawan,
Penuhkan kebahagiaan didalam jiwa,
Si miskin tidak boleh memberi tapi hanya menerima,
Mengutip cebisan harta untuk dibawa perjalanan akhirat.

BAPA PEJUANG KEMERDEKAAN

2382129171_534695bd0f

Perginya menabur bakti pada ibu pertiwi,
mengangkat senjata meninggalkan keluarga tercinta,
belayar ke samudera,
tekadnya biar bumi ini makmur terpelihara,
tanpa penjajah yang memporak perandakan kampung halaman,
biar ditunus sehingga mati,
pulangnya ke desa,
anak bangsa telah hilang pedoman,
racun perosak disebar pada jiwa anak muda,
dikata jangan, dibentak dengan amukan,
kini musnah jati diri generasi,
dipengaruh, terpengaruh,
yang dicitakan hanya keseronokan, tanpa adab,
memperkosa segala tertib bahasa, bangsa dan agama,
bersenang lenang mempergunakan,
hidup meminta tak mahu lagi berusaha,
kini bapa perjuang tulang tinggal empat kerat,
tiada daya untuk menangkis musuh dalam selimut,
bertopengkan bangsa tetapi binasa.